CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 6, 2010

Ampunkan dosa anakmu ini =(

Wednesday, April 28, 2010

Pabila Pelajar SK Taman Maluri menari Bhangra =)

jumaat , sabtu dan ahad lepas, aku, natrah dan ain kena tdo skola sbb jd fasilitator utk perkhemahan unit beruniform.... mcm biase, mane2 camping pon ade hr kebudayaan kan? so, same goes to us....nak dijadikan cerita, tema malam kebudayaan malam tersebut ialah persembahan tarian. 2 buah kumpulan bergabung menjadi 1 kumpulan utk menarikan tarian yang telah ditetapkan...
undi mengundi lagu dijalankan 4 hari sebelum perkhemahan tersebut.. selepas mengundi, kami mendapat tarian india....mak aih...pening dh kepala...tbe2 teringt faiz.....die mmg penari2 neh...ingt nk mintak tlg die tunjuk step....tup tup...die soh call kawan die ashraf...aku pon call.....n dat night, faiz ashraf, aku n ain berjumpa kt umah aku utk membincangkan hal2 tarian...n setelah berbincang, kami pon bersetuju utk memulakan tarian itu pada esoknye...setelah bertungkus lumus berlatih, akhirnya pada malam tersebut, kami telah mendapat johan...... =)




pandai x dorang menari...mmg la ade kesilapan sket2 tp 4hr je pon berlatih.....syabas diucapkan kepada choreographer mereka...ashraf....nnt lau ade sesape kena train tarian india ke ape ke...contact la sy...sy leh tlg deal dgn ashraf....


p/s : hensem x hensem?? aish...lum tgk die menari lg....

Tuesday, April 20, 2010

GamBar2 TakLeh bLah............

hehehehehe....
xleh handle tgk gmbr2 kt bwh ni td....
macam2 perkataan ade.......


Apakah Mesin KenDARAan itu??? adeih...mcm mn nk matikan tu..............



kalendar???



fun kah???? opppsssssssssss



xde Honda..HOnta pon jadilah......



Aduyai............ejaan xleh blah dah.....tbe2 harga lak mcm tu.........



Sambil menjahit sambil menggoreng pisang kerrrr



errrrrrrrkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!



wahhhhhhhhhhhh..............Maknyah??? ngurut???



dah mcm lagu dah ni......



Aci2...buka pintu..........



Live One taw.........nak jugak cakap omputih tu.......



sampai kena dakwah tu....ape kes????



Gambar ni mmg xleh handle....perempuan habis barang??? putcuk??? korang nak ke beli ubat ni bile tgk iklan die???



xde lawak mane pown.....



sistem sms.............



Jgn terkucil dah,,,,



sib bek tangang bkn bangang,,,,,hekhek...



WTF.................HEHE....tuka jd WTD....

ade lagi................




dan lagi...........

Saturday, April 17, 2010

Achik SpiN meninGGaL??????

terkejut saya bile bace status my fren emy kt fb td...


achik spin dan isteri..........

berita ini tidak lagi disahkan tp andai kata ia betul, industri seni kehilangan lagi seorang bintang yang berbakat...sama2 kite berdoa untuk achik Spin....

p/s : knp berturut2 insan seni pergi neh?? mule2 yanie...n then din beramboi...n now...achik spin...( hopefully not)

Friday, April 9, 2010

Facebook, Yahudi & Status Hukum

Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.



2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?



3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?



Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Tanpanya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Cuma menurut maklumat yang diterima, puak Yahudi Zionis sendiri TIDAK PUAS HATI dengan facebook. Sila BACA DISIN I

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.





4) Privacy pengguna facebook dijajah?



Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.



Policy menyebutkan :



"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."



Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.



Selain itu, juga disebutkan :



To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."



Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.



Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.



KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.



· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.



· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-



a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.



Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,



Zaharuddin Abd Rahman

Wednesday, April 7, 2010

How to save picture in flickr??? ( error : spaceball.gif)

kadang2 bile kite right click as kt gambar kt flickr.com, sering kali ter jadi sebegini kan :



so...spaceball.gif tu bermakne uploader gmbr tersebut menghalang kite dr mendonlod gmbr tersebut.....
saya akan memberikan cara - cara bagaimana nak download gambar itu.....

1. first of all, kite click tools...
2. pergi ke page info dan click di situ.
3. di page info tersebut, movekan cursor ke media.



4. lihat bulatan dibawah:


5. cari image yang dikehendaki dengan click semua bahagian dalam bulatan tersebut.

6. jumpa image yang dicari?? click save as dan save dimane yang dikehendaki.
7. done.....

Tuesday, April 6, 2010

Benjy umpama 'saintis'

KUALA LUMPUR: Polis semalam menyifatkan pelakon terkenal, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau Benjy yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sebelum ini, tidak ubah seperti ‘saintis’ berikutan penemuan peralatan makmal lengkap untuk menghasilkan syabu dalam jumlah yang besar.


BUKTI KUKUH...Mohammad Sabtu (tengah) menunjukkan peralatan makmal membuat syabu disyaki dimiliki Benjy.

Lebih mengejutkan apabila Benjy didakwa mendapat ilham untuk menghasilkan resipi syabu melalui rujukan di laman web sebelum maklumat itu dipindahkan ke dalam pemacu storan mini (pen drive).


Difahamkan, maklumat menghasilkan syabu dalam pen drive itu boleh dijadikan buku setebal lebih 300 muka surat.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman, berkata pendedahan terbaru penemuan peralatan makmal dadah milik Benjy terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap ketelusan polis dalam menyiasat kes membabitkan artis popular itu.


Menurutnya, polis menahan semula Benjy pada jam 2.25 petang pada 25 Mac lalu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, sejurus dia dibebaskan dengan ikat jamin kerana memiliki dadah seberat 0.24 gram.


“Dia ditahan semula mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) LLPK 1985 kerana dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah berbahaya.

“Ketika dia ditahan dan disoal siasat semula, polis yang berpandukan maklumat diberikan Benjy melakukan pemeriksaan di sebuah kondominium di Segambut bagi mengesan bahan bukti lain yang mengaitkannya dengan aktiviti memproses dan mengedar dadah,” katanya.


Menurutnya, pada kira-kira jam 3 petang 31 Mac lalu, polis ditunjukkan sebuah stor elektrik di tingkat 10 kondominium itu yang dipercayai digunakannya untuk menyimpan semua peralatan terbabit.


“Hasil pemeriksaan, dia menyembunyikan peralatan membuat dadah berkenaan dalam dua kotak besar bersama beberapa botol bahan kimia.

Dalam kes ini, Benjy sendiri yang menunjukkan lokasi peralatan dan bahan kimia itu disembunyikan.


“Dia mungkin amat berhati-hati dan bimbang jika peralatan itu ditemui di rumahnya di tingkat enam kondominium itu,” katanya pada sidang akhbar khas di pejabatnya di sini, semalam.


Menurutnya, anggota unit forensik polis turut diminta membantu menimbulkan kesan cap jari pada peralatan makmal dadah yang ditemui serta menganalisis bahan kimia dan sisa yang terdapat pada beberapa peralatan itu bagi memastikan ia digunakan suspek untuk memproses syabu.

“Pada masa sama, polis merampas satu ‘pen drive’ milik suspek yang mengandungi bahan dan video mengenai kaedah membuat syabu. Hasil siasatan mendapati ‘pen drive’ terbabit mempunyai 11 artikel termasuk gambar berhubung kaedah serta alatan digunakan untuk memproses dadah.


“Kita percaya dia baru cuba untuk mendalami ilmu menghasilkan dadah itu sejak enam bulan lalu. Maklumat yang dipercayai diambil melalui Internet itu amat lengkap dan berbahaya berikutan ia boleh dijadikan rujukan untuk menghasilkan syabu,” katanya.


Antara peralatan lain ditemui ialah puluhan balang tabung uji, alat penimbang elektronik, lesung batu, tiub getah, penyedut minuman dan pelbagai kimia cecair termasuk ethanol dan bendosen.


Mohammad Sabtu berkata, Benjy masih ditahan mengikut LLPK selama 60 hari bermula 23 Mac lalu bagi siasatan lanjut.


“Kami (polis) akan memajukan laporan berhubung kes ini kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan terpulang kepada kementerian untuk membuat keputusan. Ada kemungkinan suspek boleh dikenakan tindakan tahanan selama dua tahun di pusat pemulihan akhlak sama ada di Muar atau Simpang Renggam, Johor.


“Apa yang ingin saya tekankan polis menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang. Ini bukan perbuatan khianat dan polis tidak memperdaya sesiapa,” tegasnya.


Menurutnya, masyarakat perlu faham tanggungjawab polis walaupun ada spekulasi mendakwa pasukan itu tidak menangani kes berkenaan dengan baik.


“Hari ini, kami bersedia untuk menunjukkan semua bukti yang ditemui dan suspek sendiri sudah disahkan positif oleh Jabatan Patologi mengambil syabu. Semua bukti ini diharap dapat mematikan tohmahan terhadap polis,” katanya.


Mohammad Sabtu yakin penangkapan suspek menyekatnya daripada terus memproses dan mengedarkan syabu di sekitar Lembah Klang.

credits to harian metro....

Pabila Makcik Bermain Drum.....

hahahaha...
video kt bawah ni dishare oleh my frenz misz kay kt fb....
sakit perut aku gelak,.....
korang tgk la...lau xgelak tak tau r.......

Saturday, April 3, 2010

PocoNg giLerr 0_o



hekhek.....
=)

JenaMa SePeNdeR Yang PelbaGai

lihat dibawah utk gmbr menarik yer.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


hahaha.....gmbr ni diambil di depan umah ku...
kitorg gelak guling2 setiap kali kuar depan umah pasal bende ni la....
dh r mak aku cter....
mase org tu nk jemur..
die akan pandang kiri kanan....
tkut ade org nampak...
hahha.....
ntah pape.....
ni la org bujang...
setahun skali br basuh baju agaknye......
hehhee....

Friday, April 2, 2010

video yg sgt cute.............



comel kan kucing neh....
hehhehe....
rase cam nk baling2 jekkk....erkkk...kejammm....

btw....
korang ingt x entri yg accident kt stesen minyak tu...
keluarga arwah telah meminta jasa baik kite semua utk memadam kan video tersebut andai anda ada mengUPLOADkannya kt mane2.....

lihat entri ini bagi medapat penjelasan yang lebih dan baca komen dr keluarga arwah.......

Thursday, April 1, 2010

SmaLLest and BiggesT baby..


aiyakkk....
baby ni tersgt la kecik...
panjang die lebih kurang ball pen tu je.....

tak tau la dpt hidup ke x....
lahir slepas 21 minggu dalam kandungan.....

baby gurl ni diberi name Amilia Taylor....


ni lak baby giant.....


ketika gambar ni diambil, bayi berasal dari india ni baru berumur 11 bulan...
berat 52.5kg...
hr2 die makan :
1kg nasi
2kg daging
5liter susu
p/s : baby mmg r comel....tp lau normal size kot....huhu...

Rumah polistrin yg kiut......



Polistrin yang kite tahu biasenye orang buat sbagai bekas makanan, gelas pakai buang dll... tp kt jepun, polistrin@styrofoam telah pon digunakan sebagai bahan pengganti untuk batu untuk membina sebuah rumah.




Japan Dome House Co. ltd. adalah perusahaan yang membuat rumah menggunakan bahan styrofoam ini... dengan menggunakan bahan ini, rumah dapat disiapkan dengan cepat, murah, dan juga ringan. rumah ini juga dapat mengurangkan penggunaan aircond, anti gempa dan juga tidak berkarat.



Rumah ini dibentuk seperti dome dapat digunakan untuk pelbagai cara seperti Spa, Karaoke, rumah dan juga bar...


Kreatifkan orang jepun???

MampuKah aku menjadi sePerti dia.........

berkali2 die jatuh dan bangun semula.....
hebat kan die....
sangat hebat aku rase...
aku harap sangat aku mampu jadi macam die....
mulai hari ni aku kena kuat..
xleh lemah2 dh....
kawan2 blogger ku.....
jom kite same2 bangun dan memajukan diri sendiri...huhu.....



this video is for muzameer.....
special for him.....