CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 31, 2010

Isi MinYak memBAwa Maut???

nak menangis rasa bila tgk video di bawah....
mana silapnya....
kenapa begitu kejam.....
aku harap sangat pemandu2 kt luar sana insaffff ble tgk video kt bawah ni.....
video ni jugak buat aku sedar yang sekelip mata, nyawa kite dicabut.....
kawan2....
sedekahkan al-fatihah untuk c mangsa....
tgk video ni betul2....
tgk kat mane jari tu tunjuk...
video ni xngeri mane pon tp sedih.....

KUALA LUMPUR 29 Mac Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira ...pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak berkenaan dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara."Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, mangsa, Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya. "Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas, setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.Pemandu perempuan itu hanya mengalami kecederaan ringan, katanya. Polis sedang mengambil keterangan daripada pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bernama

p/s - kejadian ni berlaku kt taman midah....shell taman midah....erm....kereta tu kemalangan sebab terlampau laju dan terbabas disebabkan mahu mengelak motor....paling sedih bile anak c mangsa berjalan keluar dari kereta dan orang ramai berlari mendapatkannya...

notes : video ni telah dipadam atas permintaan keluarga mangsa...

3 cotcet2:

shaffique said...

tu la, ngeri gila la tengok video ni.. slalu tengok kt filem je..


http://belogbagus.blogspot.com/

Anonymous said...

salam..saya adk kepada arwah memohon jasa baik saudari supaya memadam video nie..dan kepada sesiapa yg terjmpa video nie kat mana2,minta tolong surh owner tersebut padam video tersebut.kami sekeluarga xsanggup nk tngk video 2..saya meminta jasa baik semua pihak..terima kasih

FaradiaNa said...

saya secara terbuka meminta maaf andai video itu telah menambahkan lagi kesedihan keluarga mangsa.. video itu telah pun dipadam...